Quiz: Sahabat Nabi dan Konstantinopel :)

by Sarah Mohd Nor on Wednesday, December 7, 2011 at 10:30pm

Quiz:

 

1)   Siapakah sahabat Nabi yang femes dengan cerita dikebumikan di bawah tembok Konstantinopel?

 

a)   Khalid bin Zaid bin Kulaib

b)   Sultan Muhammad al-Fatih

c)   Abu Ayyub al-Anshori

d)   Tiada di atas

e)   Semua di atas

 

Hihi. Jawapannye??

 

………

 

 

Dah dapat jawapan kan? Ke perlu klu lagi??

 

Okay okay meh nak bagi klu *wink*

 

Beliau juga merupakan seorang Ansor (ups klu besaqq :p) yang diangkat martabatnya apabila berpeluang menumpangkan Rasulullah saw di rumahnya sewaktu peristiwa Hijrah. Fuuh best kann :D

 

Dah lah rumahnya dijadikan tempat persinggahan Rasulullah saw (for around 7 months tau, bukan 2-3 hari), beliau juga berjiran dgn Rasulullah saw. (selepas bilik baginda di Masjid Nabawi siap dibina). Seronok tuu.. What a privilege kan? :’)

 

Pernah dengar kisah Rasulullah saw, Abu Bakar ra dan Umar ra lapar pada suatu tengahhari yang panas? Hahh rumah siapa yang menjadi tujuan mereka? Jeng jeng jeng..

 

Dan yang paling syok sekali kisah sahabat ini, adalah kekuatan imannya yang jelas melalui wasiatnya untuk dikebumikan di bawah tembok Konstantinopel! Hanya kerana percaya dan yakinnya beliau dgn sabda Nabi sewaktu perang Khandaq:

 

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

 

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

 

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.

 

Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,

 

“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.

 

Fuuh teguh dan kuat kan iman beliau?? *lap peluh*

 

Siapa beliau? Nak jawapan quiz?

 

Tak lain dan tak bukan…

 

a) Khalid bin Zaid bin Kulaib

 

a.k.a.

 

 

c) Abu Ayyub al-Anshori :)

 

(hehe dua jawapan :p)

 

This is my own simplified version. But do read in more details, sangat best kisah Abu Ayyub ni :’) Here’s one good link to begin with:

 

http://www.beautifulislam.net/sahabah/abu_ayyub_ansari.htm

 

May Allah makes us among the believers, insha’Allah.

 

Loves :)

Advertisement