siapa ye lelaki itu?

by Fasihah Sofian on Sunday, December 11, 2011 at 9:29pm

Pernah tak dengar kisah sorang lelaki ni, yang sayang benar kat patung berhala dia? (oh by the way, kisah ni berlaku semasa zaman Rasulullah). Berhala tu, namanya Manat. Sudahlah dibuat daripada kayu yang terbaik, Manat siap dibubuh pewangi mahal lagi. Okay, back to lelaki tadi, iaitu pemilik Manat. Dia bukan calang-calang orang. Dia ialah ketua Bani Salamah di Madinah, and juga seorang yang sangat pemurah dan bermaruah.

Ditakdirkan isteri dan anak-anak lelaki itu beriman melalui dakwah Mus’ab bin Umair. Walaupun lelaki itutertarik dengan  ayat al-Quran yang dibaca anaknya, dia tetap nak minta nasihat Manat dulu (obviously Manat takkan cakap apa-apa =P). Anak-anak dia ni beberapa kali cuba pisahkan Manat drpd bapa diorang. So, apa mereka buat??

  1. Malam pertama – buang Manat ke dalam lubang tempat Bani Salamah buang kekotoran  masa bapa mereka tidur. The next morning, lelaki itu marah-marah sebab tuhannya hilang dan bila Manat dijumpainya, langsung dibasuh dan dibubuh pewangi. (erk?)
  2. Malam kedua – sama macam malam pertama. Lelaki itu buat benda yang sama jugak macam hari sebelumnya.
  3. Saban malam – sama jugak. In the end, lelaki itu pun dah penat. So, dia pun sangkut pedang kat leher Manat dan suruh Manat pertahankan diri sendiri. (hehehe)
  4. Malam last – ikat Manat dengan bangkai anjing dan campak ke dalam lubang yang ada kotoran najis. Esoknya, lelaki itu pun cari Manat, tapi lepas tengok keadaan Manat, dia pun beredar…. Dan dia berkata “Demi Allah, jika kamu tuhan, kamu tidak akan terperosok bersama anjing di tengah-tengah perigi terikat”. Selepas tu, dia pun memeluk agama Allah =)

Yang menariknya tentang lelaki ini, walaupun dia seorang tempang dan dah lanjut usia, tapi nak join jugak perang Uhud. Allah membenarkannya untuk tak menyertai perang dan anak-anak dia pun tak galakkan ayah mereka join. Tapi lelaki itu mengadu kat Rasulullah, “Demi Allah, saya ingin mejejakkan kaki saya ke syurga dengan ketempangan saya ini” (fuhhh!)

Hasratnya termakbul, dan ‘Amru bin Jamuh terkorban syahid di medan tempur….

Begitulah kisah sahabat yang sangat-sangat mengagumkan. Jom contohi semangat mereka!! =)

Advertisement